Kepentingan Rumah



Fungsi Rumah
1. Rumah ialah tempat tinggal atau kediaman bagi manusia.

2. Rumah menjadi keperluan asas yang utama kepada setiap keluarga.

3. Setiap keluarga mempunyai rumah yang berbeza dari segi lokasi, reka bentuk,binaan rumah, dan ruang penting di dalam rumah.

4 .Kita hendaklah bersyukur kerana memiliki rumah yang selesa walaupun rumah tersebut  disewa atau menumpang di rumah orang lain.

5.Fungsi rumah kepada manusia ialah :-
a. memberi perlindungan
b. menyediakan keselesaan
c. mewujudkan kemesraan
d. tempat keluarga berkumpul
e. memupuk kasih sayang
f.  menjalankan pelbagai aktiviti

6. Rumah menjadi tempat perlindungan daripada:-
a. ancaman cuaca buruk seperti panas dan hujan
b. ancaman binatang liar seperti harimau dan gajah
c.kes jenayah seperti kecurian

7. Rumah menyediakan keselesaan kepada manusia untuk:-
a. berehat selepas penat bekerja atau pulang dari rumah
b. membersihkan diri selepas bermain atau bekerja

8. Rumah menjadikan tempat untuk mewujudkan kemesraan antara anggota keluarga dengan  cara makan atau menonton televisyen bersama-sama.

9. Rumah menjadi tempat ahli keluarga berkumpul sama ada untuk menyambut hari perayaan atau majlis tertentu seperti kenduri atau sambutan hari jadi.

10. Ahli keluarga dapat memupuk kasih sayang melalui hubungan baik yang terjalin di rumah seperti belajar dan bermain bersama-sama.

11. Rumah juga menjadi tempat ahli keluarga menjalankan pelbagai aktiviti seperti beribadat, membasuh kereta, menanam pokok bunga, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment