Rumah Di Negara Lain

Rumah Di Negara Lain
Setiap negara mempunyai iklim dan reka bentuk bumi yang berbeza.Manusia telah membina pelbagai reka bentuk rumah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan bentuk muka bumi yang berbeza ini. Di negara lain terdapat jenis dan reka bentuk rumah yang tersendiri di (a) Zon Sejuk (b) Zon Panas (c) Zon Sederhana Sejuk (d) Zon Sederhana Panas.

Jenis Rumah Di Negara Lain

Rumah Di Zon Sejuk

  • Kawasan yang berhampiran dengan kutub utara dan kutub selatan berada dalam zon sejuk. Kawasan ini mengalami suhu yang rendah dan dilitupi salji sepanjang tahun.Orang Eskimo membina rumah daripada bongkah ais dan dipanggi lIglu. Antara negara-negara yang terletak di zon sejuk ialah Kanada Utara, Alaska, dan Greenland. Di zon sejuk terdapat pelbagai jenis rumah iaitu iglu, tupik dan rumah kayu.  Rumah daripada kayu mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik dan berserombong juga terdapat di kawasan ini.
Tupik
Pada musim panas, orang Eskimo tinggal didalam tupik (khemah) berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kulit anjing laut atau Karibu.

Iglu

Iglu yang diperbuat daripada ketulan ais dan berbentuk separa bulatan merupakan rumah musim sejuk yang didiami oleh orang Eskimo.






Rumah bumbung "V" terbalik  dan berserombong

Rumah ini diperbuat daripada kayu.








Ramah Di Zon Panas
 Di kawasan zon panas, iaitu Afrika timur , rumah dibina daripada lumpur sebagai dinding dan lalang sebagai bumbung. Kawasan gurun beriklim sentiasa diancam ribut pasir. Rumah-rumah di kawasan ini dibina daripada batu bata, berbumbung rata, dan dinding berwarna putih.Julat suhu antara waktu malam dan waktu pagi amat tinggi.Dinding yang putih dapat mengurangankan perbezaan suhu yang ketara. Bumbung yang rata berfungsi menagani ribut pasir. Selain itu, rumah-rumah di sini berdinding tebal dan bertingkap kecil. Pada waktu pagi, dinding tebal berfungsi mengekalkan suhu pada waktu malam dan mengurankan penyerapan haba, manakala tingkap kecil berfungsi mengurankan penderaan udara. Oleh itu, udara panas yang masuk ke dalam rumah akan berkurang.
Di zon panas terdapat pelbagai jenis rumah seperti Rumah Bumbung Rata,Khemah Kaum Nomad atau Khemah Badwi.

                                                        
Rumah Bumbung Rata

 Rumah segi empat dan bumbung rata dibina daripada batu bata ,bumbung rata mengurangkan kerosakan angin kencang (boleh dijadikan tempat menyimpan air, tempat menjemur pakaian)







Khemah Badwi

Tempat tinggal kaum Badwi ,bentuk panjang daripada kulit binatang atau kain tebal. Kaum Badwi adalah kaum yang hidup berpindah-randah, tinggal di dalam khemah di padang pasir dan di kawasan pergunungan

.

Rumah orang Bushmen 

Dibina daripada ranting-ranting kayu, di susun bentuk kubah setinggi 15meter.







Rumah Di Zon Sederhana Sejuk

 Negara-negara yang terletak di zon sederhana sejuk mempunyai hutan dan bersalji pada musim sejuk. Kayu merupakan bahan binaan rumah yang utama di negara- negara ini. Selain itu, bumbung rumahnya yang berbentuk “V” terbalik agar salji meluncur ke bawah.Rumah di zon ini juga mempunyai serombong asap. Antara negara-negara yang terletak di zon sederhana sejuk termasuklah Denmark, Finland, Norway, Sweden dan Iceland.
Di zon sederhana sejuk terdapat pelbagai jenis rumah iaitu Rumah kayu berbumbung "V" terbalik dan berserombong. 


 Rumah kayu berbumbung "V" terbalik dan berserombong
Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik. Bumbung demikian membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di zon ini mempunyai serombong asap. Asap yang dihasilkan daripada unggun api semasa cuaca sejuk disalurkan keluar melalui serombong asap.



  • Rumah Di Zon Sederhana Panas
  •  Kawasan zon sederhana panas mempunyai iklim yang nyaman dan mengalami 4 Musim. (a) Musim Panas (b) Musim Gugur (c) Musim Sejuk (d) Musim Semi. Kawasan zon sederhana panas bersalji pada musim sejuk, maka corak binaan adalah dalam gaya Gothic. Reka bentuk binaan dalam gaya Gothic ini dipengaruhi oleh iklim, budaya, dan agama. Perancis, England, Belanda, Belgium dan sebagainya merupakan negara-negara yang terletak di kawasan zon sederhana panas.
Zon Sederhana Panas mempunyai rumah jenis sebuah dan teres.

Rumah bumbung "V" terbalik dan tiada enis serombong
 Rumah di zon ini mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.





Rumah sebuah dan  teres

Rumah jenis ini berbentuk 'V' terbalik bagi membolehkan air hujan turun
- tidak mempunyai serombong asap
- lazimnya zon ini tiada salji yang turun
- banyak terdapat di negara Asia.










No comments:

Post a Comment